Isnin, 13 March 2017 | 10:35pm

Aramco dipelawa sertai Bursa Saham Tokyo

RAJA Salman (kiri) bersama Shinzo Abe tiba untuk jamuan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Tokyo, Jepun. - Foto Reuters / Tomohiro Ohsumi / Pool
RAJA Salman (kiri) bersama Shinzo Abe tiba untuk jamuan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Tokyo, Jepun. - Foto Reuters / Tomohiro Ohsumi / Pool

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe meminta sokongan Raja Arab Saudi, Raja Salman untuk menyenaraikan saham syarikat minyak terkemuka Arab Saudi, Aramco di Bursa Saham Tokyo, kata pegawai kanan tentera Jepun di sini, hari ini.

Menurut pegawai itu, Raja Salman berkata, kerajaan Arab Saudi akan mengkaji permohonan itu kerana beliau mahu menarik pelabur dari Jepun untuk membeli saham Aramco.

Beberapa bursa di Asia dan negara lain rancak bersaing untuk memenangi penyenaraian bernilai AS$100 bilion (RM445 bilion). - Reuters

Berita Harian X