Sabtu, 18 March 2017 | 1:16pm

Banjir terus hantui penduduk Lima

PASUKAN penyelamat membantu mangsa menyeberang jalan yang ditenggelami air selepas kejadian tanah runtuh dan banjir di daerah Huachipa di Lima, Peru. - Foto AFP
PASUKAN penyelamat membantu mangsa menyeberang jalan yang ditenggelami air selepas kejadian tanah runtuh dan banjir di daerah Huachipa di Lima, Peru. - Foto AFP

LIMA: Beribu-ribu penduduk terperangkap dalam banjir kilat yang melanda bandar ini hingga memaksa pasukan penyelamat mencari jalan memindahkan mereka selepas hujan lebat.

Banjir melanda ketika Pusat Operasi Kecemasan Nasional memaklumkan sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh di Peru tahun ini akibat bencana alamm termasuk tiga kematian baharu susulan banjir di wilayah La Libertad, utara Peru.

Dua mangsa dilaporkan masih hilang.

Ada mangsa terperangkap akibat tanah runtuh yang menyekat beberapa bahagian lebuh raya utama ke Lima dan tengah negara itu.

Banjir itu disebabkan pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik atau El Nino yang menyebabkan cuaca kacau- bilau setiap beberapa tahun. Tahun ini, kesannya ke atas Peru amat teruk.

"Ia situasi sukar, namun kita mempunyai sumber untuk menanganinya," kata Presiden Pedro Pablo Kuczynski. - AFP

Berita Harian X