Isnin, 20 March 2017 | 9:47am

May lawat Wales menjelang Brexit

Perdana Menteri Britain, Theresa May sewaktu berucap di Persidangan Spring Parti Kebangsaan Scotland (SNP) di Aberdeen, Scotland, kelmarin. - Foto AFP
Perdana Menteri Britain, Theresa May sewaktu berucap di Persidangan Spring Parti Kebangsaan Scotland (SNP) di Aberdeen, Scotland, kelmarin. - Foto AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, akan melawat Wales hari ini bagi mendapatkan sokongan semua negara dalam United Kingdom (UK), menjelang pelaksanaan keputusan Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

May bakal menguatkuasakan Artikel 50, Perjanjian Lisbon EU, bagi menandakan permulaan perbincangan untuk melaksanakan keputusan keluar daripada EU atau Brexit.

"Kunjungan May ke Wales, Scotland dan Ireland Utara bertujuan mendapatkan maklum balas daripada rakyat," kata jurucakap pejabatnya.

Pungutan suara mengenai Brexit yang dicapai tahun lalu, dikhuatiri menjejaskan perpaduan dalam UK, kerana Scotland dan Ireland Utara dianggap pro-EU berbanding Britain dan Wales.- Reuters

Berita Harian X