Selasa, 28 March 2017 | 5:25pm

EU panggil Duta Filipina jelaskan ugutan Duterte

PRESIDEN Rodrigo Duterte. - Foto EPA
PRESIDEN Rodrigo Duterte. - Foto EPA

MANILA: Kesatuan Eropah (EU) semalam memanggil Duta Filipina menjelaskan ugutan Presiden Rodrigo Duterte, mengancam menggantung pegawai EU kerana membantah usahanya memperkenalkan semula hukuman mati.

Perkhidmatan Tindakan Luaran EU, bersamaan sebuah pejabat luar berkata, ia memanggil Pegawai Perwakilan Luar Filipina Alan Deniega ke ibu pejabatnya di Brussels untuk memberi 'penjelasan terhadap ulasan terbaru, tidak dapat diterima Presiden Duterte.'

Tindakan itu menunjukkan sikap geram Eropah terhadap Duterte. Terdahulu, EU menafikan tuduhan ia mencadangkan menyelesaikan masalah dadah Filipina dengan mewujudkan klinik rawatan membenarkan penggunaan syabu dan kokain.

Delegasi EU ke Filipina mengeluarkan satu kenyataan mengatakan, ia tidak 'mencadang, membincang atau mempertimbangkan penggunaan sebarang ubatan gantian untuk merawat ketagihan syabu atau mana-mana masalah ketagihan dadah di Filipina.'

Bagaimanapun, ia tidak menyebut nama Duterte.

Sebelum ini, Duterte, mengecam EU kerana berulang kali membangkitkan kebimbangan hak asasi manusia berhubung tindakan kerasnya ke atas penyeludupan dadah haram.

Pada Jumaat lalu, Duterte berkata, EU mencadangkan 'penyelesaian berasaskan kesihatan' terhadap masalah dadah membabitkan agihan syabu, kokain atau heroin.

AP

Berita Harian X