Rabu, 29 March 2017 | 6:36pm

Meningitis ragut 270 nyawa di Nigeria

HAMPIR 270 orang kebanyakannya kanak-kanak maut dalam tempoh lima bulan lalu ketika wabak terbaru meningitis melanda Nigeria. - Foto www.dailymail.co.uk
HAMPIR 270 orang kebanyakannya kanak-kanak maut dalam tempoh lima bulan lalu ketika wabak terbaru meningitis melanda Nigeria. - Foto www.dailymail.co.uk

ABUJA: Hampir 270 orang kebanyakannya kanak-kanak maut dalam tempoh lima bulan lalu ketika wabak terbaru meningitis melanda Nigeria.

Pegawai Pusat Kawalan Penyakit Nasional, Olubunmi Ojo berkata, ketika ini pihaknya mencatat 1,828 kes disyaki.

"Sebanyak 269 kematian dicatat di 15 negeri," katanya kepada saluran televisyen tempatan.

Beliau menambah, sekurang-kurangnya lima negeri di utara, Sokoto, Zamfara, Katsina, Kebbi, Niger serta ibu kota Wilayah Persekutuan terjejas teruk serta melepasi paras satu epidemik.

Pengarah pusat kawalan penyakit Kementerian Kesihatan di sini, Nasir Sani-Gwarzo berkata, enam negeri itu mencatat sejumlah 1,090 individu dijangkiti serta 154 kematian.

"Negeri Zamfara saja merekodkan 590 kes daripada jumlah itu 29 maut," katanya kepada AFP. Ujian makmal mengesahkan wabak itu adalah Jenis C yang baharu dikesan. -AFP

Berita Harian X