X
Ahad, 2 April 2017 | 9:50pm

Tiga anggota Boko Haram letupkan diri

MAIDUGURI, Nigeria: Polis Nigeria mengesahkan tiga pengebom nekad meletupkan diri ketika cuba memasuki bandar timur laut Maiduguri.

Jurucakap polis, Victor Isuku berkata, dua lelaki meletupkan bom yang dipasang pada jaket mereka apabila disoal oleh pegawai keselamatan di pintu masuk bahagian timur laut Maiduguri. Kejadian itu hanya membunuh pengebom nekad berkenaan, katanya.

"Seorang lagi pengebom nekad di lokasi berasingan turut meletupkan diri dan mencederakan orang awam," kata Isuku.

Kejadian letupan oleh pengebom nekad yang dipercayai anggota militan Boko Haram telah meragut banyak nyawa tetapi anggota tentera dan kumpulan militan awam juga berjaya menggagalkan banyak percubaan serangan sebelum ini.

Serangan pengebom nekad adalah kaedah utama Boko Haram sejak pasukan tentera pelbagai negara melancarkan kempen mengusir kumpulan militan itu.

Hampir 20,000 rakyat Nigeria terkorban dalam siri pemberontakan selama tujuh tahun itu. - AP

Berita Harian X