Isnin, 3 April 2017 | 12:06pm

Menantu Trump, Jared Kushner lawat Iraq

PENASIHAT kanan yang juga menantu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Jared Kushner. - Foto AP
PENASIHAT kanan yang juga menantu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Jared Kushner. - Foto AP

NEW YORK: Penasihat kanan yang juga menantu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Jared Kushner kini berada di Iraq.

Perkara itu diumumkan oleh seorang pegawai pentadbiran kanan Rumah Putih.

Difahamkan Kushner melawat Asia Barat bersama Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Joseph Dunford.

Bagaimanapun, pegawai yang enggan identitinya didedahkan itu enggan memperincikan butiran lanjut berhubung lawatan berkenaan.

Kushner yang berkahwin dengan anak perempuan sulung Trump, Ivanka mempunyai pengaruh yang kuat di Rumah Putih.

Beliau dikatakan terbabit secara langsung dalam pelantikan kakitangan Trump dan memainkan peranan sebagai 'diplomat bayangan', terutama sebagai penasihat hubungan negara itu dengan Asia Barat, Kanada dan Mexico.

Minggu lalu, Kushner menubuhkan pasukan khas untuk memodenkan kerajaan menggunakan gerak kerja sektor swasta. - AP

Berita Harian X