Isnin, 10 April 2017 | 8:28pm

Paus Francis tetap lawat Mesir

Francis Pope bersalaman dengan orang ramai dataran St. Peter di Vatican, semalam. - Foto AFP
Francis Pope bersalaman dengan orang ramai dataran St. Peter di Vatican, semalam. - Foto AFP

VATICAN: Paus Francis tetap akan mengunjungi Mesir seperti dirancang akhir bulan ini walaupun berlaku pengeboman semalam di dua gereja Koptik Kristian yang meragut 45 nyawa.

Jurucakap Vatican, Paderi Angelo Becciu, berkata Francis akan tetap meneruskan lawatannya ke Mesir pada 28 dan 29 April ini.

"Apa yang berlaku mencetuskan huru hara dan penderitaan dahsyat, namun ia tidak dapat menghalang misi damai paus," katanya dalam temuramah diterbitkan akhbar harian Itali, Corriere della Sera, hari ini.

Pengeboman semalam di dua gereja bandar Iskandariah dan Tanta di utara Kaherah, adalah serangan terburuk ke atas masyarakat Koptik Kristian didakwa dilakukan Daesh.

"Mesir memberi jaminan kepada kami segala-galanya akan berjalan baik, justeru kami akan pergi dengan yakin," katanya.

Francis akan menjadi paus Roman Katolik kedua mengunjungi Mesir selepas lawatan John Paul II ke negara itu pada Februari 2000. - AFP

Berita Harian X