X
Selasa, 11 April 2017 | 8:38am

Pegawai penerbangan diarah bercuti

SYARIKAT penerbangan United Airlines mencetuskan kemarahan semalam kerana layanan buruk kepada seorang pelanggan yang diheret keluar dari pesawat kerana lebihan tempahan.
SYARIKAT penerbangan United Airlines mencetuskan kemarahan semalam kerana layanan buruk kepada seorang pelanggan yang diheret keluar dari pesawat kerana lebihan tempahan.

NEW YORK: Syarikat penerbangan United Airlines mencetuskan kemarahan semalam kerana layanan buruk kepada seorang pelanggan yang diheret keluar dari pesawat kerana lebihan tempahan.

Berikutan kejadian itu, salah seorang pegawai keselamatan yang terbabit diarahkan bercuti sementara menantikan siasatan.

Video yang disiarkan atas talian oleh penumpang lain menunjukkan lelaki berkenaan menjerit ke arah pegawai yang mengheret beliau keluar dari pesawat Penerbangan United 3411 sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare ke Louisville di Kentucky pada Ahad lalu.

Lelaki berketurunan Asia itu, kelihatan diheret dalam keadaan beliau terbaring melentang, dengan mulut berdarah dan baju yang terselak sehingga menampakkan pusat.

Video itu mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan syarikat itu dikritik kerana layanan buruk terhadap penumpang.

Pegawai terbabit, antara beberapa yang terbabit dalam kejadian malam kelmarin, didapati tidak mengikut protokol, kata Jabatan Penerbangan Chicago dalam kenyataan, menambah beliau diarahkan bercuti sementara menanti siasatan.

"Tindakan pegawai itu jelas tidak dibenarkan jabatan," kata kenyataan.

Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat pula berkata ia menilai semula sama ada United Airlines mematuhi peraturan lebihan tempahan yang memerlukan syarikat penerbangan menetapkan garis panduan cara penumpang tidak dibenarkan berlepas jika tidak mahu menyerahkan tempat duduk mereka. - Reuters

Berita Harian X