Jumaat, 28 April 2017 | 9:01am
SYARIKAT penerbangan United Airlines bertindak meredakan kritikan dan tindak balas pelanggan menerusi persetujuan dicapai semalam. - Foto AFP
SYARIKAT penerbangan United Airlines bertindak meredakan kritikan dan tindak balas pelanggan menerusi persetujuan dicapai semalam. - Foto AFP

United Airlines, pelanggan capai persetujuan

DALLAS: Syarikat penerbangan United Airlines bertindak meredakan kritikan dan tindak balas pelanggan menerusi persetujuan dicapai semalam dengan penumpang yang diheret keluar dari pesawat itu dua minggu lalu.

Ia turut mengeluarkan dasar baru bertujuan mengelak kegagalan perkhidmatan pelanggan seperti itu berulang lagi.

Pada 9 April lalu, penumpang dari Kentucky, Dr David Dao, diheret keluar dari pesawat selepas enggan memberikan tempat duduknya kepada anggota kru.

Kejadian itu mencetuskan perbahasan mengenai perkhidmatan teruk dan kekurangan dasar mesra pelanggan di syarikat itu.

Syarikat penerbangan berkenaan dan peguam Dao enggan membincangkan syarat pampasan kewangan yang diterima semalam.

Terdahulu, United Airlines mengumumkan langkah yang akan diambil untuk mengurangkan lebihan tempahan penerbangan.

Antaranya adalah menaikkan had bayaran kepada pelanggan yang sedia memberikan tempat duduk dalam kepada AS$10,000 (RM43,000) dan memperbaiki latihan kepada pekerja. - AP

Berita Harian X