Ahad, 7 Mei 2017 | 10:04pm
Foto hiasan
Foto hiasan

21 maut lori, bas mini bertembung di Guinea

CONAKRY: Sekurang-kurangnya 21 orang, majoriti wanita terbunuh, semalam selepas sebuah lori dan bas mini bertembung di Guinea, menurut polis, hari ini.

Kemalangan maut itu berlaku di utara ibu negara, Conakry. Difahamkan, bas mini itu dirempuh lori yang membawa pasir, kata pihak berkuasa.

"Jumlah kematian kemalangan maut berhampiran Dubreka ini adalah 21 orang, termasuk 12 wanita," kata wakil polis trafik, Babacar Sarr merujuk kepada sebuah kawasan kira-kira 50 kilometer di utara ibu negara.

Sejumlah 33 orang cedera dalam bas mini itu yang sesak dengan penumpang sehingga ke ruang bagasi dan ada di antara mereka sedang menuju ke majlis perkahwinan. - AFP

Berita Harian X