X
Jumaat, 30 Jun 2017 | 10:09am

Lelaki cuba rempuh masjid Paris ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas cuba merempuh orang ramai di depan masjid di Creteil, di pinggir ibu negara Perancis, semalam.- Foto Reuters
SEORANG lelaki ditahan selepas cuba merempuh orang ramai di depan masjid di Creteil, di pinggir ibu negara Perancis, semalam.- Foto Reuters

PARIS: Seorang lelaki ditahan selepas cuba merempuh orang ramai di depan masjid di Creteil, di pinggir ibu negara Perancis, semalam, kata polis sambil menambah tiada mangsa yang cedera.

Motif lelaki itu masih tidak jelas dan beliau gagal melanggar orang ramai kerana dihalang penghadang di depan masjid, kata polis dalam satu kenyataan.

Siasatan akan dijalankan jabatan polis, bukannya unit anti pengganas untuk menentukan sama ada lelaki itu boleh didakwa atau tidak.

Menurut akhbar Le Parisien, lelaki itu mahu membalas dendam atas serangan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh yang sudah meragut nyawa berpuluh-puluh mangsa, beberapa tahun lalu.

Minggu lalu, seorang lelaki memandu van dan cuba merempuh jemaah yang sedang keluar dari masjid di London. Dia didakwa atas tuduhan bunuh dan cubaan membunuh yang dikaitkan dengan keganasan. - REUTERS

Berita Harian X