Ahad, 12 Oktober 2014 | 9:06am

Lapangan Terbang JFK mula lakukan pemeriksaan Ebola

Lapangan Terbang John F Kennedy, New York.

NEW YORK: Pasukan perubatan di Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) New York, mula melakukan pemeriksaan Ebola ke atas pengunjung dari tiga negara Afrika Barat dalam usaha menghentikan virus berkenaan daripada merebak.

Lapangan terbang berkenaan adalah yang pertama daripada lima lapangan terbang di Amerika Syarikat yang memperhebatkan pemeriksaan pengunjung dari Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Ketiga-tiga negara berkenaan menyaksikan kematian paling banyak yang sudah meragut lebih 4,000 nyawa akibat jangkitan Ebola

Hampir semua penumpang pesawat ke Amerika Syarikat dari negara terbabit tiba di Lapangan Terbang JFK, Newark Liberty, Washington Dulles, Chicago O'Hare dan Hartsfield-Kackson Atlanta.

Prosedur baharu itu akan dimulakan di empat lagi lapangan terbang berkenaan mulai Khamis. - REUTERS

Berita Harian X