Isnin, 18 Ogos 2014 | 5:37pm
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange bercakap dalam sidang akhbar di Kedutaan Ecuador di London hari ini. - Foto AP

Assange akan keluar dari kedutaan Ecuador tidak lama lagi

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange akan meninggalkan kedutaan Ecuador di sini tidak lama lagi, di mana beliau mendapat perlindungan selama lebih dua tahun.

Assange memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau akan meninggalkan kedutaan itu tidak lama lagi tetapi bukan kerana masalah kesihatan seperti dilaporkan oleh akhbar di sini.

Media di Britain semalam memetik sumber WikiLeaks sebagai berkata Assange menghadapi masalah jantung yang mengancam nyawanya dan mengadu mengenai paru-paru kronik serta tahap darah tinggi yang merbahaya.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino.

Beliau tidak menyatakan rancangan Assange untuk meninggalkan kedutaan itu tetapi menyeru kerajaan yang terbabit dalam kes ini supaya mengambil tindakan.

"Situasi berkenaan mesti sampai ke penghujungnya - dua tahun adalah terlalu lama," katanya. - AP

87 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »