Selasa, 5 Ogos 2014 | 1:33pm

Jepun kenakan sekatan tambahan ke atas Russia

TOKYO: Jepun meluluskan sekatan tambahan ke atas Russia berikutan kekacauan di Ukraine.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata sekatan itu meliputi pembekuan aset 40 individu dan dua kumpulan yang menyokong pemisahan Crimea daripada Ukraine, dan larangan import ke atas barangan dari Crimea.

Katanya, langkah itu adalah selaras dengan tindakan yang diambil oleh Kesatuan Eropah dan Kumpulan Negara Tujuh (G7).

Jepun memperkenalkan perancangannya itu minggu lalu selepas pesawat Penerbangan Malaysia MH 17 ditembak jatuh.

Amerika Syarikat dan Ukraine menuduh pemberontak pro-Russia menembak peluru berpandu bagi menjatuhkan pesawat terbabit, mengakibatkan semua 298 orang terkorban. - AP

Berita Harian X