Jumaat, 7 Julai 2017 | 9:51pm

Polis Filipina tahan penyeludup penyu

ANGGOTA polis dan sukarelawan menyusun bangkai penyu jenis hawksbill di kawasan luar pantai bandar Dumaran di Pulau Palawan. - Foto AFP
ANGGOTA polis dan sukarelawan menyusun bangkai penyu jenis hawksbill di kawasan luar pantai bandar Dumaran di Pulau Palawan. - Foto AFP

MANILA: Polis merampas kira-kira 70 penyu jenis hawksbill, iaitu spesies yang terancam dirampas polis Filipina, ketika cuba diseludup ke luar negara.

Ketua Polis Manila, Arnel Bagona memberitahu AFP, dua suspek lelaki ditahan ketika mereka memindahkan bangkai penyu itu menggunakan sebuah bot di kawasan luar pantai bandar Dumaran di Pulau Palawan.

"Kami mengesyaki dua lelaki sudah berpakat dengan pemburu haram China," kata Bagona menerusi telefon.

Menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa yang berpangkalan di Switzerland, penyu hawksbills menerima permintaan tinggi kerana cengkerangnya sesuai untuk menghasilkan barang perhiasan diri dan rambut.

Bagona berkata, pemburu haram selalunya mendapatkan bekalan penyu itu dan lain-lain spesies haiwan jarang ditemui yang ada di Palawan daripada penduduk tempatan.

"Penyu hawksbills dijual pada harga sekurang-kurangnya AS$69 (RM297) seekor di pasaran gelap," katanya. - AFP

Berita Harian X