Khamis, 11 September 2014 | 11:41am

Chile minta bantuan agensi asing berikutan letupan di stesen 'subway'

SANTIAGO: Chile meminta agensi keselamatan asing membantu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab ke atas kejadian letupan di stesen kereta api bawah tanah atau 'subway' yang mengakibatkan 14 orang cedera Isnin lalu.

Pendakwa Raul Guzman tidak menyatakan negara mana yang dihubungi Chile, tetapi menyatakan 'agensi antarabangsa' diminta membantu dalam penyiasatan kejadian itu, yang terbaru dalam 29 kejadian pengeboman kecil atau cubaan untuk melakukan pengeboman di Santiago tahun ini.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab bagi kejadian Isnin lalu di kawasan mewah Las Condes. Polis berkata mereka sedang melihat beberapa kumpulan yang pernah mencetuskan huru-hara pada masa lalu.

Presiden Michelle Bachelet mengarahkan langkah keselamatan dilipat gandakan di stesen kereta api bawah tanah serta di tempat lain dan berjanji akan menggunakan undang-undang antikeganasan dalam kes berkenaan. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X