X
Jumaat, 19 Disember 2014 | 3:27pm

MIGHT, MGTC meterai MoU tingkat inisiatif hijau di Melaka

KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Melaka Green Technology Corporation (MGTC) untuk menggiatkan inisiatif hijau mereka dalam Program Komuniti Pintar Dipacu Industri.

Dalam satu kenyataan bersama ia berkata kerjasama itu membabitkan enam projek dipacu industri di Melaka bagi fasa satu pada 2014-2015 dengan MIGHT sebagai rakan penyediaan utama di bawah Pelan Tindakan Bandar Raya Hijau (GCAP) yang selesai pada April 2014.

Projek awal itu menyasar jumlah pelaburan industri sebanyak RM550 juta.

"Melaka adalah negeri pertama menetapkan garis panduan bagi inisiatif hijau dan melaksanakan Rangka Tindakan Bandar Raya Teknologi Hijau 2011-2020," kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT Datuk Dr Yusoff Sulaiman berkata: "MIGHT dan MGTC akan bekerjasama membangunkan model industri sebagai bandar demonstrasi pertama sebagai penanda aras bagi dicontohi tempat lain di negara ini bermula 2016. - BERNAMA

Berita Harian X