Selasa, 6 Januari 2015 | 7:18pm

Saham KL ditutup rendah setelah harga minyak terus turun

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan berhati-hati hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah global, kata para peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 20.04 mata, atau 1.15 peratus, ditarik turun oleh kerugian dalam saham mewah terpilih, untuk ditutup pada 1,716.58, dengan paras terendah harian pada 1,708.78.

Antara komponen FBM KLCI, Maybank mendahului saham rugi setelah susut 20 sen kepada RM8.80, manakala Petronas Chemicals turun 18 sen kepada RM5.01, Genting Bhd merosot 30 sen kepada RM8.43, CIMB Group berkurangan 12 sen kepada RM5.34 dan Public Bank jatuh 22 sen kepada RM17.60.

Pasaran menyaksikan saham rugi mengatasi untung sebanyak 640 berbanding 180 dengan 245 kaunter tidak berubah, 674 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Peniaga berkata suasana pasaran yang kurang memberangsangkan seiring dengan kebanyakan pasaran serantau setelah harga minyak mentah merudum. Harga minyak mentah terus turun hari ini setelah kebimbangan meningkat.

Minyak mentah AS merudum di bawah AS$50 setong, manakala penanda aras Brent turun di bawah AS$53.

Bagi pasaran serantau, di Jepun, Nikkei 225 susut 3.02 peratus kepada 16,883.19, pasaran Korea Selatan KOSPI Composite Index turun 1.74 peratus kepada 1,882.45, dan di Hong Kong, Hang Seng berkurangan 0.99 peratus kepada 23,485.41.

Di pasaran dalam negara, Indeks FBM Emas menyusut 148.98 mata kepada 11,772.66, Indeks FBMT100 berkurangan 143.96 mata kepada 11,521.30 dan Indeks Syariah Emas FBM merosot 125.21 mata kepada 12,271.78.

FBM 70 turun 196.39 mata kepada 12,775.66, FBM ACE susut 66.75 mata kepada 5,716.42, Indeks Kewangan jatuh 275.45 mata kepada 15,198.57, Indeks Perusahaan berkurangan 14.63 mata kepada 3,132.85 manakala Indeks Perladangan merosot 39.63 mata kepada 7,712.17.

Jumlah dagangan naik kepada 1.64 bilion unit bernilai RM1.86 bilion daripada 1.46 bilion unit bernilai RM1.41 bilion pada Isnin.

Antara saham paling aktif diniagakan, Iris Corp dan Hubline, kekal masing-masing pada 32.5 sen dan 4.0 sen, Minetech menambah 1.5 sen kepada 12.5 sen, manakala Iris Corp-warrant dan Kronologi Asia menokok setengah sen setiap satu, masing-masing kepada 23.5 sen dan 23 sen. Jumlah dagangan pasaran utama berkurangan kepada 1.05 bilion saham bernilai RM1.70 bilion berbanding 1.06 bilion saham bernilai RM1.28 bilion semalam.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 408.96 juta saham bernilai RM93.06 juta against 248.49 juta saham bernilai RM57.3 juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 176.89 juta unit bernilai RM59.79 juta daripada 152.49 juta unit bernilai RM68.53 juta pada Isnin.

Barangan pengguna merangkumi 64.45 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (196.19 juta), pembinaan (39.67 juta), dagangan dan perkhidmatan (490.27 juta), teknologi (19.90 juta), infrastruktur (14.35 juta), SPAC (63.18 juta), kewangan (60.06 juta), hotel (8.24 juta), hartanah (70.70 juta), perladangan (15.01 juta), perlombongan (100,000), REIT (6.83 juta), dan tertutup/dana (45,800). - BERNAMA

Berita Harian X