Rabu, 4 Februari 2015 | 6:54pm

Saham KL ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal di atas paras 1,800 mata dan ditutup tinggi, mendapat rangsangan daripada kenaikan dalam saham berkaitan pengguna dan Petronas.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 21.73 mata untuk ditutup pada 1,803.02 mata, selepas bergerak antara 1,801.09 mata dan 1,831.41 mata sepanjang hari dagangan.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 33.46 mata lebih tinggi kepada 1,814.72 mata hari ini.

Menerajui senarai kaunter untung utama ialah British American Tobacco, yang meningkat RM1.50 kepada RM67.50, diikuti Nestle, naik 90 sen kepada RM72.40 dan Fraser & Neave Holdings, menokok 34 sen kepada RM18.86.

Harga minyak yang kukuh juga meningkatkan saham berkaitan Petronas yang mana Petronas Dagangan naik 34 sen kepada RM17.98 dan Petronas Gas menambah 28 sen kepada RM22.48.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 466 berbanding 400, manakala 318 kaunter tidak berubah, 547 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.41 bilion saham bernilai RM2.69 bilion daripada 1.91 bilion saham bernilai RM2.21 bilion pada Jumaat.

Dalam kalangan kaunter cergas, Asia Bioenergy susut enam sen kepada 18.5 sen manakala Nexgram meningkat setengah sen kepada 8.0 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM14.64, Maybank meningkat 11 sen kepada RM8.83 dan Public Bank menokok 22 sen kepada RM18.36.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas melonjak 122.46 mata kepada 12,394.4, Indeks FBMT100 meningkat 120.38 mata kepada 12,098.83 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 112.94 mata kepada 12,964.91.

FBM 70 naik 34.46 mata kepada 13,406.11 mata manakala FBM Ace susut 43.45 mata kepada 6,513.45 mata. Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 36.95 mata kepada 3,283.57 mata, Indeks Kewangan menokok 172.29 mata kepada 15,674.16 mata dan Indeks Perladangan menambah 32.74 mata kepada 7,974.19 mata.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.54 bilion unit bernilai RM2.49 bilion daripada 1.3 bilion unit bernilai RM2.08 bilion pada Jumaat. Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat 770.99 juta saham bernilai RM174.43 juta daripada 537.02 juta saham bernilai RM103.27 juta minggu lalu.

Waran melonjak kepada 99.22 juta unit bernilai RM20.47 daripada 73.11 juta unit bernilai RM21.15 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 169.11 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (221.33 juta), pembinaan (138.92 juta), perdagangan dan perkhidmatan (663.42 juta), teknologi (96.28 juta), prasarana (15.7 juta), SPAC (28.26 juta), kewangan (72.25 juta), hotel (1.58 juta), hartanah (110.19 juta), perladangan (15.64 juta), perlombongan (NIL), REIT (9.21 juta) dan dana tertutup (15,000). - BERNAMA

Berita Harian X