Khamis, 1 Oktober 2015 | 10:52am
RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dengan keuntungan dalam ekuiti serantau membantu meningkatkan sentimen risiko. - Foto hiasan
RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dengan keuntungan dalam ekuiti serantau membantu meningkatkan sentimen risiko. - Foto hiasan

Ringgit tinggi sedikit pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dengan keuntungan dalam ekuiti serantau membantu meningkatkan sentimen risiko.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan lebih tinggi pada 4.3850/3940 berbanding dolar AS daripada 4.3935/3975 pada 5 petang semalam.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0837/0904 daripada 3.0866/0914 pada hari Selasa, tetapi menyusut nilai berbanding yen pada 3.6575/6666 daripada 3.6539/6576.

Unit tempatan meningkat berbanding pound sterling kepada 6.6323/6477 daripada 6.6676/6754 semalam tetapi lemah berbanding euro kepada 4.8945/9055 daripada 4.9321/9384.

- BERNAMA

Berita Harian X