Isnin, 9 November 2015 | 6:29pm

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur selepas diniagakan dalam aliran harga menurun, disokong oleh belian sokongan saham-saham mewah, kata peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.41 mata untuk ditutup pada 1,686.11 selepas bergerak antara 1,680.79 dan disepanjang hari.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 469 berbanding 434 manakala 328 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.01 bilion saham bernilai RM1.70 bilion berbanding 2.28 bilion saham bernilai RM2.02 bilion sebelumnya.

Hong Leong Investment Bank berkata ia menjangkakan FBM KLCI akan turun naik disebabkan prospeks peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan US pada

Disember, susulan data pekerjaan yang positif serta pengukuhan dolar US.

"Dalam jangka sederhana, kami menjangkakan KLCI akan mengukuh dan menguji semula paras 1,700 dan 1,727 ekoran jangkaan bahawa (firma pelaburan ekuiti) ValueCap akan mula melabur dalam pasaran ekuiti pada lewat November atau awal disember selain prestasi bermusim November/Disember yang lebih baik susulan aktiviti memperelok akaun.

"Namun, dagangan akan turun naik minggu yang lebih pendek itu berdasarkan situasi musim pelaporan semasa November, dan ringgit yang juga tidak menentu," katanya.

Bursa Malaysia ditutup esok sempena Deepavali.

Di papan skor, Indeks FBM Emas menokok 12.29 mata kepada 11,746.17, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 36.87 mata kepada 12,622.23 manakala Indeks FBM Ace menokok 72.17 mata kepada 6,508.61.

Indeks FBM 70 meningkat 43.41 mata kepada 13,041.46 dan Indeks FBMT100 menambah 11.17 mata kepada 11,418.35.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 7.41 mata kepada 14,322.62, Indeks Perusahaan turun 6.52 mata kepada 3,320.85 namun Indeks Perladangan meningkat 17.16 mata kepada 7,721.90.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Maybank menokok empat sen kepada RM8.39, TNB menambah enam sen kepada RM13.16, Axiata menokok satu sen kepada RM6.17, manakala Public Bank susut enam sen kepada RM18.18.

Antara kaunter rugi, Nestle susut 66 sen kepada RM72.40, Petronas Gas turun 18 sen kepada RM22.92 dan Cahya Mata Sarawak susut 14 sen kepada RM5.26.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.10 bilion unit bernilai RM1.70 bilion berbanding 1.46 bilion unit bernilai RM1.87 bilion. Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 588.35 juta saham bernilai RM128.55 juta berbanding 508.65 juta saham bernilai RM102.56 juta.

Waran susut kepada 275.97 juta unit bernilai RM36.01 juta berbanding 302.72 juta unit bernilai RM43.28 juta.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 116.58 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (198.56 juta), pembinaan (48.07 juta),

perdagangan dan perkhidmatan (531.07 juta), teknologi (102.65 juta), infrastruktur (12 juta), SPAC (8.48 juta), kewangan (38.20 juta), hotel (1.83 juta), hartanah (151.37 juta), perladangan (20.20 juta), perlombongan (17,100), REIT (3.52 juta), dan dana tertutup (137,000). -- BERNAMA

Berita Harian X