Jumaat, 20 November 2015 | 11:57am

Ringgit tinggi, 4.3150 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam awal dagangan hari ini berikutan minat berterusan terhadap unit tempatan, kata peniaga.

Dua minit selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.3150/3240 bernanding dolar AS daripada 4.3410/3480 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, rali dolar AS sudah menyusut manakala peningkatan harga minyak terus menyokong ringgit. Mata wang tempatan juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0484/0565 daripada 3.0650/0721 pada Khamis dan naik berbanding yen kepada 3.5061/5149 daripada 3.5247/5315.

Ringgit juga naik berbanding pound British kepada 6.5899/6062 daripada 6.6283/6398 semalam serta bertambah baik berbanding euro kepada 4.6218/6323 daripada 4.6392/6484 pada Khamis. - BERNAMA

Berita Harian X