Isnin, 23 November 2015 | 4:28pm
BANGUNAN Kementerian Kewangan, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
BANGUNAN Kementerian Kewangan, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Kementerian Kewangan salur RM5.93b geran mengurus, pembangunan bagi 2012-2014

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menyalurkan sejumlah geran mengurus bernilai RM3.79 bilion dan geran pembangunan berjumlah RM2.14 bilion, masing-masing kepada 18 dan lapan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tempoh 2012 hingga 2014.

"(Daripada jumlah itu) Sepang International Circuit Sdn Bhd menerima penyaluran geran mengurus tertinggi berjumlah RM841.62 juta.

"Manakala, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima penyaluran geran pembangunan berjumlah RM1.09 bilion," demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu menyatakan jumlah geran yang disalurkan tidak mengambil kira peruntukan dalam bentuk pinjaman, ekuiti/modal dan bayaran balik pinjaman kerajaan.

Geran yang disalurkan kepada syarikat MKD adalah bertujuan membiaya program/projek khusus untuk, antara lain, melaksanakan peranan pembangunan, pampasan kenaikan tarif serta jurang pembiayaan, perbelanjaan operasi dan lain-lain bantuan kewangan dalam tempoh tertentu.

- BERNAMA

Berita Harian X