Rabu, 30 Disember 2015 | 1:53pm

LGM, NADICORP kaji keluar tayar mesra alam

PENGERUSI Lembaga Getah Malaysia, Datuk Ahmad Hamzah (tengah), menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian di antara Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Datuk Dr Mohd Akhbar Md Said (dua dari kanan), dan Pengerusi Eksekutif NADICORP Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd Nadzmi Mohd Salleh (dua dari kiri), ketika Majlis Menandatangani perjajian bagi kajian aplikasi komersial tayar mesra alam berasaskan getah asli termaju di antara Lembaga Getah Malaysia dan NADICORP Holdings Sdn Bhd di Kuala Lumpur, turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Dr Zairossani Mohd Nor (kanan), dan Pengarah NADICORP Holdings Sdn Bhd, Muhammad Hariz Mohd Nadzmi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan NADICORP Holdings memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membentuk kerjasama penyelidikan kajian aplikasi komersial tayar mesra alam berasaskan getah asli termaju.

Berdasarkan perancangan awal, ia membabitkan penghasilan tayar getah asli mesra alam bagi kegunaan bas ekspres di bawah operasi syarikat Konsortium Transnasional Bhd (KTB) di Laluan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun mulai 2016 hingga 2018 dan hasil penyelidikan itu akan digunakan untuk mempromosi getah asli termaju bagi pembuatan tayar mesra alam di peringkat global.

Projek kerjasama penyelidikan antara LGM dan NADICORP itu adalah antara projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dipantau Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Berita Harian X