Selasa, 5 Januari 2016 | 5:36pm
Eksekutif Naib Presiden, Perancangan Strategik Korporat di PETRONAS, Md Arif Mahmood (kanan) membuat gimik perasmian dengan memegang kad Mesra Petronas tanda perasmian ' pump n win ' untuk pemegang kad mesra Petronas turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus(tengah) dan Shaharuddin Muhammad Sidek(kiri)yang berpeluang memenagi hadiah utama kereta Mercedes Benz CLA200. - Foto Mohd Yusni Ariffin

PETRONAS Dagangan sedia perbelanjaan modal RM400 juta

KETUA Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus(kiri), Eksekutif Naib Presiden, Perancangan Strategik Korporat di PETRONAS, Md Arif Mahmood (tengah) dan Shaharuddin Muhammad Sidek(kanan) bergambar bersama hadiah utama " Pump n Win " kereta Mercedes Benz CLA200 selepas majlis perasmian pump n win untuk pemegang kad mesra Petronas. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM400 juta bagi mengembangkan operasi perniagaan runcit pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, berkata capex itu bukan hanya untuk stesen minyak baharu, tetapi juga bagi menaik taraf stesen sedia ada.

"Kita melihat untuk membuka 15 hingga 20 stesen minyak baharu tahun ini, namun semua stesen ini bergantung kepada permintaan pasaran," katanya selepas majlis pelancaran kempen 'Pump N Win' di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Hiliran PETRONAS, Md Arif Mahmood serta Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Shaharuddin Muhammad Sidek.

Kempen 'Pump N Win' membolehkan pelanggan memenangi Mercedes-Benz CLA200, lapan Proton Iriz, 16 Piaggio Vespa dan 16 basikal lipat JAVA, dengan mengisi bahan api minimum sebanyak RM40 menggunakan kad Mesra di mana-mana stesen minyak PETRONAS.

Pemenang Mercedes-Benz CLA200, Proton Iriz dan Piaggio Vespa masing-masing juga akan menerima bahan api percuma bernilai RM1,000 dan RM500, manakala 1,600 pemenang saguhati akan menerima 3,000 mata Mesra.

Pelanggan tidak perlu mengisi borang penyertaan bagi memudahkan penyertaan sepanjang kempen berkenaan yang bermula semalam hingga 29 Februari ini.

Sementara itu, Ibrahimnuddin berkata, PDB menjangkakan industri minyak pada tahun ini kekal mencabar sama seperti tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, syarikat akan melaksanakan beberapa strategi bagi mengharungi tempoh sukar pada tahun ini seperti yang dilaksanakan pada tahun lalu.

"Strategi untuk tahun ini adalah seperti yang pernah saya katakan iaitu mempunyai pengurusan inventori dan langkah pemotongan bagi perbelanjaan pada tahap optimum dan memastikan keberkesanan pembekalan serta pengedaran. Strategi yang dilaksanakan tahun lalu akan diteruskan pada tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Ibrahimnuddin berkata, PDB turut melihat segala kemungkinan, pilihan dan peluang untuk memasuki pasaran baharu di negara lain.

"Kita tidak katakan ya atau tidak, tetapi sebelum kita pergi kepada mana-mana pasaran, kita benar-benar perlu kaji dan memastikan pulangan kepada pemegang kepentingan," katanya sambil menambah PDB kini beroperasi di Filipina dan Thailand, selain Malaysia.

Berita Harian X