Khamis, 14 Januari 2016 | 10:37am
Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC).
Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC).

Dua bursa China pantau aktiviti pemegang saham

SHANGHAI: Dua bursa saham China meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti jualan saham oleh pemegang saham utama syarikat tersenarai.

Secara berasingan, Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC) turut mengulangi kenyataan untuk peralihan ke arah sistem pendaftaran ala Amerika Syarikat (AS) bagi tawaran awam permulaan (IPO) yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan ia tidak akan meningkatkan IPO.

Kenyataan diterbitkan menerusi blog mikro CSRC, hadir selepas indeks penanda aras Shanghai, SSEC susut 2.4 peratus pada Rabu kepada paras terendah dalam tempoh empat setengah bulan, melepasi paras 3,000 mata yang dilihat sebagai sokongan teknikal utama oleh kebanyakan pelabur.

Bursa saham Shanghai dan Shenzhen dalam kenyataan berasingan berkata, ia memantau rapat jualan saham oleh pemegang saham utama bagi memastikan tiada pelanggaran kepada sekatan yang dilaksanakan baru-baru ini.

Bursa saham Shanghai berkata, ia mengambil langkah pengawasan khas terhadap jualan saham dan akan mengambil tindakan ke atas sebarang aktiviti yang bertentangan dengan peraturan pasaran biasa. - Reuters

Berita Harian X