Isnin, 18 Januari 2016 | 4:21pm

Pintaras Geotechnics raih kontrak tapak [email protected]

KUALA LUMPUR: Central Plaza i-City Real Estate Sdn Bhd, syarikat usaha sama I-Bhd Group, menganugerahkan Pintaras Geotechnics Sdn Bhd kontrak kerja menanam cerucuk dan pembinaan struktur dasaran pusat membeli belah [email protected]

I-Bhd, dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, menyatakan projek bernilai RM72.8 juta itu bermula hari ini dengan tempoh penyelesaiannya kerja-kerja terbabit dalam masa 13 bulan.

"Central Plaza i-City Real Estate kini memulakan kerja pembinaan bagi pusat membeli belah [email protected] seluas 1.5 juta kaki persegi yang mana ia adalah projek 60:40 antara pemaju hartanah runcit terkenal Thailand Central Pattana Pcl (CPN) dengan I-Bhd.

"Secara keseluruhannya nilai pusat membeli belah ini mencecah RM850 juta yang mana ia dijangka akan dibuka menjelang Ogos 2018," menurut kenyataan itu.

Berita Harian X