Khamis, 10 March 2016 | 4:22pm

Sentimen positif di pasaran Asia

HONG KONG: Sentimen pelabur di Asia positif hari ini, melanjutkan peningkatan global selepas mereka mengalih perhatian kepada mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) lewat hari ini dengan jangkaan untuk melihat satu lagi penekanan kepada rangsangan.

Namun, kebanyakan pasaran serantau berada dalam mod positif dengan Shanghai -- dengan penganalisis berkata ia disokong pembelian tempatan beberapa hari lalu namun ia memberi ancaman walaupun bacaan inflasi China kukuh.

Keyakinan di seluruh dagangan meluas berada pada jajaran positif bulan ini selepas pasaran ekuiti, minyak dan hasil tinggi atau berisiko memperlihat kepada peningkatan, begitu juga dengan mata wang yang meningkat dari kerugian sejak Januari dan Februari.

Indeks Nikkei Jepun menamatkan dagangan 1.3 peratus lebih tinggi, Hong Kong menokok 0.5 peratus pada sesi tengah hari dan Seoul 0.8 peratus lebih tinggi.

Selain itu, mod positif juga di Singapura, Taipei dan Manila, namun Sydney susut 0.1 peratus ekoran jualan saat akhir.

Wellington naik 0.8 peratus selepas bank pusat New Zealand membuat pengumuman mengurangkan kadar faedah mengejut kepada paras terendah, pengurangan kali pertama sejak Jun.

Langkah itu walaupun dialu-alukan, namun ia meletakkan dolar tempatan susut dua peratus berbanding dolar Amrika Syarikat (AS). - AFP

Berita Harian X