Selasa, 22 March 2016 | 12:58pm

Tiada keperluan kurang langkah - Hong Kong

PENERAJU Hong Kong, Leung Chun-Ying.
PENERAJU Hong Kong, Leung Chun-Ying.

HONG KONG: Peneraju Hong Kong, Leung Chun-Ying berkata, tiada sebarang rancangan untuk mengurangkan langkah meredakan pasaran hartanah di bandar itu walaupun ia berdepan dengan kemerosotan.

Beberapa siri jualan tanah kerajaan pada harga di bawah jangkaan dan Standard & Poor's mengunjurkan harga rumah susut antara 10 dan 15 peratus tahun ini.

Kenyataan Leung hadir selepas hartawan hartanah Hong Kong dan bilionair, Li Ka-shing berkata ekonomi bandar itu berkedudukan paling teruk dalam tempoh 20 tahun.

- Reuters

Berita Harian X