Jumaat, 22 April 2016 | 3:21pm

MINI Clubman baharu tawar pemanduan menyeronokkan

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun (kanan) bersama Ketua BMW Group Malaysia, Kidd Yam pada pelancaran MINI Clubman generasi baharu di Subang Jaya. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun (kanan) bersama Ketua BMW Group Malaysia, Kidd Yam pada pelancaran MINI Clubman generasi baharu di Subang Jaya. - Foto Nurul Shafina Jemenon

SUBANG JAYA: MINI Malaysia hari ini memperkenalkan MINI Clubman generasi baharu, ahli terbaharu dalam keluarga MINI.

Menawarkan kombinasi unik pemanduan yang menyeronokkan, karisma premium, fungsi dan gaya MINI yang tersendiri, MINI Clubman baharu hadir dengan varian MINI Cooper Clubmandan MINI Cooper S Clubman.

Ketika memperkenalkan MINI Clubman baharu itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun, berkata model itu mencipta satu lembaran baharu buat MINI kerana kenderaan itu merevolusikan MINI, selain membawa tarikan jenama itu ke peringkat lebih tinggi.

MINI Cooper Clubman baharu dijana enjin silinder 1.5 liter yang menjanjikan prestasi sporty.

la berupaya menghasilkan kuasa maksimum 136bp dan tork 220Nm.

Pecutan dari sifar hingga 100km/jam hanya 9.1 saat dengan kelajuan maksimum 205 km/jam.

Biarpun begitu, pengira purata bahan api MINI Cooper Clubman baharu itu cuma 5.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

Ia hadir bersama jaminan 4 Tahun dengan perbatuan tanpa had dan servis berjadual percuma.

Harga anggaran atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi ialah RM203,888 seunit bagi MINI Cooper Clubman dan RM253,888 untuk MINI Cooper S Clubman.

Berita Harian X