Khamis, 5 Mei 2016 | 11:23am
SAHAM Asia kebanyakan terus menjunam untuk sesi ketujuh berturut-turut pagi ini. - Foto hiasan
SAHAM Asia kebanyakan terus menjunam untuk sesi ketujuh berturut-turut pagi ini. - Foto hiasan

Saham Asia terus menjunam untuk sesi ketujuh

SYDNEY: Saham Asia kebanyakan terus menjunam untuk sesi ketujuh berturut-turut pagi ini apabila data ekonomi AS yang bercampur-campur gagal meyakinkan serta memburukkan lagi kebimbangan terhadap pertumbuhan global dan deflasi.

Aktiviti perdagangan kekurangan petunjuk dengan Jepun masih dalam cuti umum dan kebanyakan pelabur menunggu laporan kerja AS pada Jumaat ini.

Indeks MSCI bagi Asia Pasifik selain Jepun turun 0.1 dan menambah penurunan keseluruhan lima peratus sejak dua minggu lalu.

Antara anjakan yang akan dinantikan adalah kebangkitan dalam permintaan bon berdaulat aset lindung nilai yang sangat diminati pelabur untuk berdepan dengan deflasi.

Hasil bagi nota perbendaharaan 10 tahun Perbendaharaan AS berada pada paras paling lemah sepanjang dua minggu kepada 1.777 peratus selepas rali minggu lalu apabila ia mencapai 1.94 peratus.

Tumpuan pelabur terhadap bon menyebabkan aset ekuiti kurang mendapat sambutan.

Indeks Dow berakhir 0.56 peratus semalam manakala S&P 500 turun 0.59 peratus dan Nasdaq 0.79 peratus.

Wall Street terus menjunam walaupun data pelbagai sektor perkhidmatan AS terus mencatatkan perluasan pada April apabila tempahan baharu dan akreditasi pekerja, menawarkan petunjuk terhadap harapan negara itu mencatatkan lantunan semula pertumbuhan ekonomi selepas kekecewaan suku pertama yang lalu.

Bagaimanapun satu angka pengambilan kerja swasta mencatatkan kadar paling lemahnya dalam tempoh tiga tahun mencetuskan kebimbangan kemungkinan laporan penggajian bagi semua syarikat akan turut mengecewakan. - Reuters

Berita Harian X