Khamis, 16 Jun 2016 | 12:29pm

MPTN perkenal 'Laman Idaman' di Pavilion KL

(Depan dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavillion KL, Joyce Yap, Timbalan Pengerusi Urusharta Cemerlang Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Aziz Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid dan Pengarah Pemasaran Pavillion KL, Kuang Suan Ai mengambil gambar dengan selebriti selepas melancarkan Laman Idaman Salam Aidilfitri Pavillion KL antara Media Prima Berhad dan Pavillion, di Pavillion. - Foto Nur Adibah Ahmad

KUALA LUMPUR: Media Prima Television Network (MPTN) dengan kerjasama pusat beli belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur memperkenalkan taman buatan 'Laman Idaman' bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Taman buatan 'Syukur Selalu' di Laman Idaman, Pavilion Kuala Lumpur itu memberi peluang kepada pengunjung merasai kemeriahan sambutan perayaan di Malaysia dengan hiasan taman tradisional.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Datuk Kamal Khalid, berkata pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan Pavilion Kuala Lumpur menganjurkan kempen 'Syukur Selalu' iaitu kempen kerjasama pertama antara kedua pihak.

"Apa yang menarik, pusat beli belah Pavilion akan dihiasi dengan dekorasi Syukur Selalu. Selain mempromosikan program Syukur Selalu, dua ruang pameran akan disediakan di Pavilion Kuala Lumpur bagi Syukur Selalu Bersamamu dan Syukur Selalu Digital," katanya pada majlis pelancaran Laman Idaman di Kuala Lumpur pagi ini.

Ruang pameran Syukur Selalu Bersamamu akan membantu anak yatim untuk mencapai impian masing-masing ketika Syawal ini manakala Syukur Selalu Digital akan menunjukkan kepada pengunjung bagaimana untuk memuat turun aplikasi seperti Syukur Selalu; Tonton; CJ Wow Shop; dan Harian Metro, Berita Harian serta New Straits Times e-paper.

Berita Harian X