Rabu, 22 Jun 2016 | 11:52am

CoolBlog sasar kuasai pasaran Asia Tenggara

PENGURUS Besar Coolblog Desert Sdn Bhd, Pang Wei Chong beramah mesra bersama anak-anak yatim pada majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Ar-Rayyan, di Taman Sri Amar, di Johor Bahru, malam tadi. - Foto Norazimah Narudin

JOHOR BAHRU: CoolBlog Dessert Sdn Bhd menyasar untuk mengukuhkan kehadiran di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengurus Besar, Pang Wei Chong, berkata syarikat merancang membuka 10 cawangan baharu bagi tempoh dua tahun akan datang di Jakarta, Indonesia.

"CoolBlog yang beroperasi sejak lebih sembilan tahun lalu, kini menguruskan lebih 380 cawangan di seluruh Malaysia, selain tujuh cawangan di Surabaya, Indonesia dengan 80 peratus daripadanya dikendalikan oleh Bumiputera.

"Kami menawarkan 300 perisa, selain menjadi antara jenama yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Ar-Rayyan, di Taman Sri Amar, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Anak-Anak Yatim Ar-Rayyan, Muhamad Halimi Kolan.

Berita Harian X