Khamis, 30 Jun 2016 | 10:42pm

Zurich sedia teroka perniagaan Takaful selepas ambil alih MAAT

KUALA LUMPUR: Zurich Insurance Group sedia untuk berkembang ke dalam perniagaan Takaful selepas selesai pengambilalihan MAA Takaful Bhd (MAAT) daripada MAA Group Bhd dan Solidarity Group Holdings BSC melalui anak syarikatnya, Zurich Insurance Company Ltd dengan harga RM525 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Insurance Malaysia Bhd, Philip Smith, berkata pengambilalihan itu akan membolehkan syarikat untuk memasuki segmen pelanggan yang baharu dengan tawaran pelbagai produk.

KETUA Pegawai Eksekutif Zurich Insurance Malaysia Bhd, Philip Smith (kanan) berjabat tangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAA Takaful Berhad, Salim Majid Zain pada majlis pengumuman korporat khas mengenai pengambilalihan itu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KETUA Pegawai Eksekutif Zurich Insurance Malaysia Bhd, Philip Smith (kanan) berjabat tangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAA Takaful Berhad, Salim Majid Zain pada majlis pengumuman korporat khas mengenai pengambilalihan itu. - Foto Mohd Yusni Ariffin

"Pengambilalihan ini bukan untuk pulangan jangka pendek tetapi kerana kami merasakan wujud potensi pertumbuhan yang menguntungkan dalam bisnes itu.

"Untuk sepanjang tahun ini, kami tidak mencari berapa banyak sumbangan yang boleh dibuat oleh MAAT kepada kumpulan tetapi lebih menumpu kepada usaha integrasi syarikat tersebut ke dalam kumpulan Zurich," katanya selepas majlis berbuka puasa dengan media serta bagi membuat pengumuman korporat khas mengenai pengambilalihan itu.

Susulan pengambilalihan itu, gabungan produk dan penyelesaian insuran MAAT dan Zurich akan membolehkan pengguna Malaysia melanggan produk-produk yang meliputi insurans nyawa, insurans am, Takaful Keluarga serta Takaful Am.

- BERNAMA

Berita Harian X