Isnin, 19 September 2016 | 7:07pm

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini setelah permintaan terhadap mata wang tempatan muncul kembali setelah prestasi kurang memberangsangkan di Bursa Malaysia, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1330/1390 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1400 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, dolar Amerika turun dari paras tertinggi dalam dua minggu pada Isnin setelah terdapat jangkaan kenaikan kadar faedah AS semasa mesyuarat Rizab Persekutuan AS semakin berkurangan.

Harga minyak mentah yang lebih tinggi disebabkan oleh rundingan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum mengenai pengeluaran akan menstabilkan pasaran juga menyediakan sokongan kepada mata wang yang berkait dengan komoditi.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6157/6228 daripada 4.6491/6567 pada Khamis dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0303/0351 daripada 3.0259/0325 sebelumnya.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.3936/4018 daripada 5.4742/4843 pada Khamis dan turun berbanding yen kepada 4.0575/0646 daripada 4.0391/0457. - BERNAMA

Berita Harian X