Rabu, 19 Oktober 2016 | 3:01pm

Ekonomi China berkembang 6.7 peratus pada suku ketiga

BEIJING: Ekonomi China berkembang 6.7 peratus pada suku ketiga berbanding suku sama tahun sebelumnya, kukuh berbanding suku sebelumnya dan selari jangkaan ramai.

Pertumbuhan itu disumbang peningkatan perbelanjaan kerajaan dan ledakan pasaran hartanah yang mengimbangi kelembapan eksport.

Sekumpulan penganalisis di kaji selidik Reuters sebelum ini meramalkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu menstabil, berkembang pada kadar sama seperti suku pertama dan kedua.

Ini sekali gus meletakkan negara itu di landasan untuk mencapai pertumbuhan setahun penuh yang disasarkan kerajaan.

Bagaimanapun, kelembapan pelaburan swasta, peningkatan tahap hutang dan dan risiko pembetulan pasaran hartanah menyebabkan pertumbuhan lebih bergantung kepada perbelanjaan kerajaan.

Pertumbuhan pelaburan hartanah naik kepada 5.8 peratus dalam tempoh Januari hingga September, peningkatan kecil daripada 5.4 peratus untuk tempoh lapan bulan pertama. - Reuters

Berita Harian X