Rabu, 9 November 2016 | 11:09am
BURSA Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, sejajar dengan bursa serantau, dan dalam menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street. - Foto hiasan
BURSA Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, sejajar dengan bursa serantau, dan dalam menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street. - Foto hiasan

Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, sejajar dengan bursa serantau, dan dalam menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street apabila pelabur menunggu keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.83 mata kepada 1,644.65 daripada penutup semalam iaitu 1,663.82.

Indeks itu dibuka 0.30 mata lebih tinggi pada 1,664.12.

Seorang peniaga berkata, pasaran juga kebanyakannya naik apabila pelbagai undian pemilihan menunjukkan pesaing Demokratik, Hillary Clinton mempunyai sedikit kelebihan berbanding pesaing Republikan beliau, Donald Trump, dalam perlumbaan pemilihan presiden AS.

Keputusan pilihanraya akan diketahui hari ini apabila hari pengundian berakhir.

Indeks Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 setiap satu meningkat 0.4 peratus untuk ditutup masing-masing pada 18,332.74 dan 2,139.56.

Di dalam negara, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.34 peratus kepada 2,829.85, Indeks Komposit Seoul Korea Selatan meningkat 0.44 peratus kepada 2,012.22 dan Indeks Wajaran Bursa Saham Taiwan mendapat 0.68 peratus kepada 9,280.38.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 84-78, manakala 107 kaunter tidak berubah, dengan 1,403 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 45.790.000 saham bernilai RM21.89 juta.

Indeks FBM Emas meningkat 2.68 mata kepada 11,701.42, Indeks FBMT100 naik 2.61 mata kepada 11,411.71 dan Indeks Syariah FBM Emas melonjak 3.07 mata kepada 12,285.70.

FBM 70 jatuh 8.05 mata kepada 13,540.03 dan FBM Ace meningkat 12.49 mata kepada 4,970.44.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan 23.77 mata lebih tinggi pada 7,832.23, Indeks Perusahaan meningkat 2.34 mata kepada 3,158.33, manakala Indeks Kewangan naik 13.22 mata kepada 14,468.13.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.96, TNB naik empat sen kepada RM14.36, Public Bank menokok dua sen kepada RM19.82, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.95, manakala IHH Healthcare jatuh tiga sen kepada RM6. 34. - BERNAMA

Berita Harian X