Rabu, 11 Januari 2017 | 11:00pm

Pasaran Asia meningkat

HONG KONG: Pasaran Asia meningkat, dengan komoditi berkaitan firma dirangsang oleh bacaan inflasi China yang kukuh.

Bagaimanapun, harga minyak mentah bergelut selepas dua hari mengalami kerugian mendadak didorong oleh kebimbangan mengenai keberkesanan pemotongan pengeluaran yang dirancang oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Walaupun mencatatkan keuntungan di pasaran serantau, pelabur masih menantikan sidang media pertama oleh Donald Trump selepas memenangi pilihan raya Amerika Syarikat, dan teruja dengan perancangan beliau sama ada mampu dilaksanakan atau sebaliknya.

Semalam, China bagaimanapun menyatakan harga di kilang melonjak bulan lalu pada kadar paling cepat dalam tempoh lebih lima tahun. Ia sekali gus memberi harapan kepada negara berkenaan untuk memulakan pertumbuhan global.

Saham Hong Kong meningkat 0.8 peratus dan Sydney pada 0.2 peratus, sementara Tokyo berakhir 0.3 peratus lebih tinggi.

Seoul rali 1.5 peratus dan Singapura 0.2 peratus, manakala turut terdapat peningkatan positif dari Wellington ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Shanghai berakhir rendah 0.8 peratus. - AFP

Berita Harian X