Isnin, 16 Januari 2017 | 6:33pm

Saham KL rendah berikutan kebimbangan luaran

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran saham serantau apabila sentimen terjejas oleh kebimbangan luaran, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.66 mata untuk ditutup kepada 1,658.84 berbanding 1,,672.5 pada Jumaat minggu lalu.

Selepas dibuka 0.48 mata lebih rendah pada 1,672.02, FBM KLCI bergerak dalam jajaran 1,658.84 dan 1,672.42 sepanjang hari dagangan.

Peniaga berkata, kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara jatuh susulan laporan Britain bersiap sedia untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU), yang mencetuskan kebimbangan akan kesan langkah tersebut ditambah dengan ketidakpastian terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran presiden baharu Donald Trump.

"Sentimen juga terjejas susulan ketidakpastian dasar AS menjelang pelantikan rasmi Trump minggu ini," katanya.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun 27 sen kepada RM8.05, TNB susut dua sen kepada RM13.92, Public Bank jatuh enam sen kepada RM20.02, Sime Darby berkurangan tujuh sen kepada RM8.45, dan Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM7.14.

Di kalangan saham cergas, Hibiscus Petroleum turun empat sen kepada 45 sen dan Sumatec susut satu sen kepada tujuh sen.

Luster Industries, IFCA MSC dan Ho Wah Genting meningkat setengah sen setiap satu masing-masing kepada 8.5 sen, 39.5 sen dan 6.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 96.25 mata kepada 11,615.06, Indeks FBMT 100 susut 94.08 mata kepada 11,321.61 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 83.579 mata kepada 12,153.23.

FBM Ace turun 72.43 mata kepada 5,014.74 dan FBM 70 berkurangan 113.279 mata kepada 13,250.4.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan turun 29.28 mata kepada 3,140.8, Indeks Kewangan jatuh 194.84 mata kepada 14,551.15 dan Indeks Perladangan berkurangan 43.82 mata kepada 7,893.24.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 611 berbanding 225, dengan 303 kaunter tidak berubah, 594 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan jatuh kepada 1.78 bilion saham bernilai RM1.61 bilion daripada 2.21 bilion saham bernilai RM1.92 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.3 bilion unit bernilai RM1.53 bilion daripada 1.53 bilion unit bernilai RM1.8 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 335.59 juta saham bernilai RM58.34 juta daripada 523.18 juta saham bernilai RM89.58 juta sebelumnya.

Waran turun kepada 136.25 juta unit bernilai RM21.29 juta daripada 151.5 juta unit bernilai RM25.98 juta pada Jumaat.

Barangan pengguna menyumbang 69.11 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (474.08 juta), pembinaan (130.93 juta), perdagangan dan perkhidmatan (387.28 juta), teknologi (64.07 juta), prasarana (19.72 juta), SPAC (3.01 juta), kewangan (72.93 juta), hotel (368,100), hartanah (62.1 juta), perladangan (14.08 juta), perlombongan (3,000), REITs (9.69 juta), dan dana tertutup (12,000). -- BERNAMA

Berita Harian X