Selasa, 7 Februari 2017 | 12:04am

Ketidaktentuan politik seret turun saham AS, Eropah

PASARAN saham Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menurun pada Isnin, didahului oleh pembukaan yang lemah di Wall Street apabila pelabur menanti untuk melihat apa dasar yang akan dikeluarkan oleh Presiden AS, Donald Trump minggu ini. - Foto hiasan
PASARAN saham Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menurun pada Isnin, didahului oleh pembukaan yang lemah di Wall Street apabila pelabur menanti untuk melihat apa dasar yang akan dikeluarkan oleh Presiden AS, Donald Trump minggu ini. - Foto hiasan

LONDON: Pasaran saham Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menurun pada Isnin, didahului oleh pembukaan yang lemah di Wall Street apabila pelabur menanti untuk melihat apa dasar yang akan dikeluarkan oleh Presiden AS, Donald Trump minggu ini.

Dolar AS meningkat lebih tinggi hari ini, tetapi pasaran saham negara itu jatuh apabila pelabur mencari penjelasan dalam menghadapi pelbagai ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Saham di Wall Street yang dibuka lebih lebih rendah pada awal dagangan didahului oleh penurunan dalam syarikat perbankan dan bahan.

Minggu ini adalah permulaan untuk korporat di Eropah dan AS melaporkan keputusan kewangan tatkala pelabur mencari pemangkin baharu selepas data pasaran buruh AS yang kukuh Jumaat lalu sambil ketidaktentuan mengenai dasar Presiden Donald Trump terus memberikan kesan.

Saham bank-bank dan syarikat kewangan jatuh disebabkan kadar hasil bon jatuh, yang memaksa kadar faedah yang lebih rendah ke atas pinjaman.

Terdahulu, Tokyo ditutup 0.3 peratus lebih tinggi, manakala Hong Kong menokok satu peratus dan Shanghai ditutup naik 0.5 peratus.

Namun, selepas mencatat keuntungan awal, pasaran Eropah menuju penurunan, terjejas oleh prestasi Wall Street dengan indeks penanda aras London, FTSE 100 jatuh 0.1 percent, Paris CAC 40 turun 0.8 peratus and DAX 30 Frankfurt juga menurun 0.8 peratus.

Dalam pasaran mata wang, persoalan adalah mengenai bagaimana data pasaran buruh AS Jumaat lalu akan memberi kesan kepada kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan. - AFP

Berita Harian X