Selasa, 14 Februari 2017 | 12:29pm

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

RINGGIT meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan
RINGGIT meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dengan sentimen pasaran yang semakin berkurangan menjelang pengumuman kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) kelak.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan didagangkan kepada 4.4470/4520 berbanding dolar AS daripada paras penutup semalam, 4.4470/4500.

Peniaga turut berada di luar dagangan untuk menunggu pengumuman Pengerusi Fed, Janet Yellen.

"Beliau dijangka menyediakan beberapa petunjuk berhubung kadar, sama ada naik atau turun dan ia akan memberi kesan langsung kepada mata wang tempatan," kata peniaga.

Berbanding mata wang lain, ringgit didagangkan rendah kecuali euro, yang berkembang kepada 4.7134/7191 daripada 4.7298/7339 semalam.

Ringgit turut jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1279/1319 daripada 3.1273/1305 semalam dan berbanding yen menurun 3.9146/9207 daripada paras 3.9057/9111 pada Isnin.

Ia turut lega berbanding pound British kepada 5.5676/5770 daripada 5.5628/5674 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X