Selasa, 21 March 2017 | 11:22am

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini selepas mata wang itu berada dalam tekanan susulan langkah Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pada jam 9 pagi, nota tempatan didagangkan kepada 4.4230/4270 berbanding mata wang tempatan. Semalam ringgit ditutup pada 4.4250/4280.

Presiden Fed Chicago, Charles Evans, berkata Bank Pusat AS itu tidak akan mempercepatkan kenaikan kadar AS yang akan memberi kesan kejatuhan dolar dan pelabur beralih ke pasaran mata wang pesat membangun lain termasuk ringgit.

Peniaga berkata, prestasi ringgit sejajar dengan mata wang Asia memulakan pendakian selepas dolar susut.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura 3.1663/1703 daripada 3.1639/1672 semalam.

Mata wang tempatan itu naik berbanding pound British kepada 5.4735/4811 daripada 5.4919/4965 semalam, lebih rendah berbanding yen kepada 3.9358/9407 berbanding 3.9215/9259 pada Isnin. - BERNAMA

Berita Harian X