Jumaat, 5 Mei 2017 | 12:01pm

Mah Sing tawar ganjaran RM23 juta

PETALING JAYA: Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) melancarkan kempen jualan dengan ganjaran bernilai RM23 juta.

Kempen "RM23 million Celebration Rewards" itu adalah bagi meraikan pembabitan syarikat pemaju hartanah itu dalam industri di Malaysia sejak 23 tahun lalu.

Kempen itu berlangsung selama dua bulan mulai 1 Mei lalu dan memberi ganjaran kepada pembeli selain memudahkan pemilikan kediaman.

Kempen itu dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang, di Icon City, di sini, sebentar tadi.

Hon Sang berkata, kempen itu memberi tumpuan dalam memperkasakan kehidupan pembeli dengan menawarkan hadiah menarik dan mewah.

Katanya, antara hadiah terbabit adalah kereta Mercedes Benz dan BMW, baucar Signature Kitchen serta pakej kelengkapan rumah.

"Kempen ini juga menawarkan pembeli bayaran tertunda, cabutan bertuah, pulangan tunai, caj perkhidmatan percuma, subsidi GST, duti setem percuma untuk perjanjian pindah milik (MOT) dan banyak lagi," katanya.

Berita Harian X