Khamis, 8 Jun 2017 | 8:47pm

Pegangan AirAsia dalam Rokki cecah 83 peratus

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd (AAB) membeli 10 peratus atau 120,000 unit saham-saham baharu dalam Rokki Sdn Bhd (Rokki) pada harga tunai RM2.5 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata 120,00 saham itu mewakili 96,000 unit milik Sami Joseph El Hadery manakala baki 24,000 dibeli daripada Clarence Lim Kee Kiat.

Ini sekali gus menjadikan jumlah pegangan AAB dalam Rokki kini meningkat kepada 83 peratus berbanding 73 peratus, sebelum ini.

"Transaksi itu dijangka tidak memberi kesan utama terhadap aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan hutang AAB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X