Sabtu, 15 Julai 2017 | 10:10am

Gamuda bukti keupayaan bangunkan projek MRT

PELBAGAI jenis dadah dirampas dalam serbuan di dua lokasi di ibu kota. - Foto Ihsan PDRM
PELBAGAI jenis dadah dirampas dalam serbuan di dua lokasi di ibu kota. - Foto Ihsan PDRM

PETALING JAYA:Gamuda Bhd membuktikan keupayaannya dalam membangunkan projek MRT apabila

keseluruhan fasa projek laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) kini sudah bersedia untuk digunakan menjelang pelancarannya pada Isnin ini.

Pada 15 Disember tahun lalu, Perdana Menteri melancarkan pembukaan fasa pertama MRT membabitkan laluan antara Stesen Sungai Buloh hingga Semantan sejauh 21 kilometer dengan 12 stesen.

Pada 17 Julai ini, Perdana Menteri dijangka melancarkan fasa kedua MRT yang menghubungkan terus Stesen Sungai Buloh sehingga ke Kajang, sekali gus melengkapkanprojek bernilai RM21 bilion yang merentasi jarak sejauh 51 kilometer membabitkan 31 stesen.

Syarikat itu menerusi anak syarikatnya, Gamuda Engineering Sdn Bhd sebenarnya bukanlah kali pertama terbabit dalam pembangunan kereta api kerana sudah berpengalaman sejak 15 tahun lalu.

Pada 2002, syarikat itu berjaya mendapat satu pakej kontrak membina MRT di Kaohsiung, Taiwan sepanjang hampir empat kilometer dan di sinilah bermulanya pembabitan Gamuda dalam industri kereta api.

Pengarah Urusan Gamuda Engineering, Datuk Ubull Din Om, berkata Gamuda sudah berada di barisan hadapan membabitkan pengurusan projek kereta api utama di Malaysia.

Sepanjang 15 tahun lalu katanya, Gamuda sudah membina kepakaran yang kukuh dalam membangunkan infrastruktur kereta api apabila terbabit dengan projek di Malaysia dan di luar negara antaranya di MRT Kaohsiung, Taiwan; projek landasan berkembar IpohPadang Besar dan terbaru, MRT di Malaysia.

PANGSAPURI Kos Sederhana Casa Anggun, Sungai Nibong, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong
PANGSAPURI Kos Sederhana Casa Anggun, Sungai Nibong, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong

GURU Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.
GURU Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.

"Sepanjang tempoh itu juga, kami turut membangunkan kepakaran pekerja tempatan merangkumi pelbagai set kemahiran yang diperlukan bagi merancang dan membina projek kereta api.

"Antara kepakaran itu ialah pengurusanpembangunandanperancangan projek; pengurusan kelulusan tanah; reka bentuk dan teknikal; reka bentuk stesen; kejuruteraan tanah dan geoteknikal; sivil dan struktur; sistem dan elektrifikasi.

"Pengurusan kontrak dan pemerolehan; pengurusan perhubungan awam dan pemegang taruh; pengurusan risiko serta pengurusan kualiti, keselamatan dan kesihatan," katanya dalam satu wawancara di ibu pejabat Gamuda di sini, baru-baru ini.

Wawancara itu turut disertai Pengarah Eksekutif Gamuda Engineering, Szeto Wai Loong dan Pengurus Besar Sistem, Gamuda Engineering, Mahadi Mahmud.

Mengulas lanjut, Ubull menjelaskan daripada ketiga-tiga projek kereta api yang pernah dilaksanakan syarikat itu, MRT adalah projek paling kompleks dan mencabar.

AKTIVIS dari kumpulan hak asasi tempatan, Abaad mengadakan protes di pusat bandar Beirut. - Foto fail AFP
AKTIVIS dari kumpulan hak asasi tempatan, Abaad mengadakan protes di pusat bandar Beirut. - Foto fail AFP

"Kami ketika ini dalam proses membangunkan projek MRT kedua membabitkan laluan Sungai Buloh Serdang-Putrajaya (SSP) dan ternyata pengalaman dalam membina MRT SBK ini banyak membantu.

"Laluan SSP adalah lebih sukar dan mencabar kerana keadaan bawah tanahnya yang 80 peratus adalah jenis karst," katanya.

Di sebalik segala kesukaran dan cabaran membina projek MRT, Ubull berkata, syarikat itu sudah membuktikan keupayaannya dalam memainkan peranan penting sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan kontraktor bawah tanah dalam menyiapkan laluan SBK mengikut jadual yang ditetapkan.

Kejuruteraan geoteknikal

Kejuruteraan geoteknikal memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan projek MRT SBK kerana ia adalah sebagai persediaan sebelum kerja pembinaan bermula, terutama dalam menguruskan halhal berkaitan risiko bawah tanah.

Sementara itu, Mahadi berkata keadaan tanah untuk projek MRT SBK dianggap mencabar kerana pembinaan terowong perlu melalui dua formasi tanah utama, iaitu formasi tanah jenis Kenny Hills iaitu pasir dan batuan sedimen dan formasi batu kapur Kuala Lumpur.

"Biarpun formasi tanah jenis Kenny Hills adalah yang jenis tipikal dan lebih senang diramalkan serta paling luas ditemui dalam kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang, formasi batu kapur Kuala Lumpur adalah paling tinggi diluluhawa dengan ruang kosong itu selalunya diisi oleh air bawah tanah.

"Kerana itu membina sebuah terowong besar yang perlu melalui tanah jenis karst adalah tugas yang mencabar. Banyak pengajaran pahit yang kami belajar ketika pembinaan projek terowong SMART sepanjang 9.7 kilometer kerana diameternya adalah lebih besar berbanding terowong di laluan MRT SBK," katanya.

Kajian geologikal bermula 2006

Mahadi menjelaskan, kajian awal geologikal bagi projek MRT sudah dibuat bermula 2006 dengan menjalankan pensampelan tanah di sepanjang laluan bawah tanah untuk pembinaan terowong.

Katanya, antara cabaran dihadapi ialah hampir tiada rekod yang baik disimpan oleh pihak berkuasa tertentu mengenai apa yang tertanam di bawah tanah seperti paip atau kabel elektrik.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi kontraktor yang melakukan kerja pengorekan menemui kabel elektrik atau paip air di bawah tanah walaupun selepas melakukan pengimbasan mendapati tiada.

"Sebagai sebahagian daripada amalan terbaik, jika ada anomali (kejanggalan) utama atau besar ditemui di bawah tanah, kerja rawatan akan dijalankan bagi menstabilkan tanah supaya Mesin Pengorek Terowong (TBM) boleh melalui laluan berkenaan," katanya.

Tambahnya, bangunan yang terletak dalam lokasi 'zon pengaruh' terowong dipasang dengan penanda penyelesaian dan instrumen automatik lain yang membantu juruukur menentukan berapa banyak pergerakan yang berlaku, jika ada.

"Dengan maklumat ini, adalah mungkin untuk menentukan tahap mendapan (jika ada) semasa dan selepas TBM berjalan melalui kawasan terbabit," katanya.

Dengan berakhirnya pembinaan MRT laluan pertama itu, Mahadi berkata, Gamuda kini sudah membuktikan keupayaan mereka dalam membangunkan projek mega itu.

Selain itu, katanya, ia juga sebagai penanda yang syarikat itu bersedia untuk mengoperasikan sistem metro automatik sepenuhnya antaranya membabitkan sistem kawalan isyarat dan kereta api, termasuk ujian dan pentauliahan.

"Syarikat juga merancang dan mereka bentuk untukintegrasi yang lancar antara pelbagai sistem seperti gerabak kereta api, depot dan kemudahan penyelenggaraan, sistem kawalan isyarat dan kereta api, sistem pengedaran dan bekalan kuasa, sistem telekomunikasi, sistem pungutan tambang automatik dan kad akses elektronik.

"Pada masa sama, pusat kawalan operasi bertindak mengesan dan mencegah insiden perlanggaran," katanya.

Berita Harian X