Isnin, 4 Ogos 2014 | 1:00pm
_
_

Gembira dapat berkumpul

Pagi raya, keluarga besar Abdullah sibuk di dapur seawal jam 4 pagi

Ramai kalangan warga perantau sudah kembali ke ibu kota kenangan ketika berhari raya terus terpahat dalam ingatan.

Melihat semua anak dan cucu ceria berkumpul beramai-ramai sambil memperagakan baju raya berwarna-warni menjadikan ibu bapa gembira menyambut Syawal.

Jika seorang dua tidak dapat pulang, hati kedua-dua orang tua inilah yang paling sayu kerana Aidilfitri bagi mereka, tidak lengkap tanpa kehadiran semua anaknya di Kampung Bukit Temalong, Gunong di Bachok, Kelantan.

Begitu perasaan dialami pasangan Abdullah Jusoh, 63, dan Noormah Abbas, 57, menjelang Aidilfitri apabila jarang berpeluang beraya bersama keenam-enam anak mereka, yang terpaksa akur dengan tuntutan kerja mahu pun berada jauh di perantauan.

Anak ketiga pasangan itu, Mohd Azwan, 25, jururawat di sebuah hospital di Sabah, masih bujang menyebabkan khidmatnya sering diperlukan di Aidilfitri, manakala anak keempat, Mohd Hafiz, 24, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Lumut, lazimnya sibuk membuat rondaan di perairan negara.

Tahun ini, seperti tahun sebelumnya kedua-duanya masih tidak dapat pulang beraya kerana tugas.

Sebut saja nama mereka sudah cukup untuk membuatkan Noormah berlinangan air mata kerana rindukan kedua-dua anaknya itu.

"Tanpa mereka Aidilfitri masih meriah cuma sedikit kekurangan tanpa kehadiran semua, rasa rindu dan tidak lengkap kerana sejak melahirkan mereka, tatang dan didik sejak kecil, semua tentunya beraya bersama.

"Apabila dewasa, susah nak beraya bersama kerana masing-masing bekerja, malah sudah berkahwin dan tidak lagi menetap serumah," katanya mengakui rindunya sedikit terubat selepas Mohd Azwan pulang pada minggu kedua Ramadan berbuka puasa bersama.

Pada masa sama, beliau bersyukur anak keduanya, Mohd Afiza, dapat pulang balik beraya tahun ini bersama isteri dan cucu kembar perempuan, berusia tiga bulan.

Kali terakhir berkumpul

Noormah berkata, kali terakhir seluruh keluarga dapat berkumpul adalah empat tahun lalu iaitu pada Aidilfitri tahun 2010.

Tidak dapat Noormah gambarkan betapa beliau dan suami seronok apabila semuanya dapat kumpul bersama, tambah pula dihiburkan dengan keletah empat cucu iaitu, anak kepada anak sulung, Noorulnadia, 32.

Noormah ada tiga anak perempuan dan tiga lelaki berusia antara 19 hingga 32 tahun.

Noorulnadia bekerja sebagai guru sekolah menengah di Selangor manakala Mohd Afiza, 30, seorang ahli perniagaan.

Selepas Mohd Azwan, dan Mohd Hafiz, ialah dua adik perempuan mereka iaitu pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Noorulnajihah, 21, dan pelajar Kolej Matrikulasi Changlun, Noorulnatasha, 19.

Aktiviti pagi Aidilfitri

Kesayuan hati Noormah, dapat diredakan di pagi Aidilfitri, mereka sekeluarga sudah sibuk bermula jam 4 pagi.

Beliau berkata, juadah wajib iaitu nasi dagang disediakan sejurus bangun dan pastinya semua anak perempuannya akan membantu.

"Bangun awal pagi sebelum cucu bangun, saya akan kukus nasi nasi dagang dan menyediakan rendang manakala gulai ikan atau udang disediakan Noorulnadia.

"Dua lagi anak dara membantu mencuci pinggan dan mengemas," katanya tersenyum.

Juadah wajib turut disediakan ketupat dan tapai.

Selesai memasak, mereka sekeluarga akan ke masjid untuk solat raya, ziarah kubur berdekatan, pulang ke rumah beraya bersama sambil bermaaf-maafan sesama mereka dan seterusnya menunggu tetamu dengan juadah sudah dihidangkan di atas meja.

"Sememangnya, tidak putus-putus sanak-saudara dan rakan yang datang dan sebagai anak sulung daripada empat beradik, selain dari kecil menetap dengan ibu bapa sehingga mereka tiada, sayalah tempat pertama kebiasaannya saudara mara akan berkunjung.

"Jadi, Aidilfitri pertama memang sibuk layan tetamu yang dari sekitar Kelantan saja. Suami pula anak kelima daripada sembilan beradik dan saudara maranya juga juga menetap sekitar sini, maka bayangkan semua termasuk makcik, pakcik cucu, cicit dan piut kedua belah keluarga datang memenuhi ruang tamu kami," katanya sambil menggeleng kepala mengenangkan kesibukan itu bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam," katanya.

Anak pula masing-masing sudah tahu tugas mereka dari segi memastikan air minuman, piring dan gelas sentiasa ada selain balang biskut kerap dipenuhi.

"Apabila tidur malam, sangat nyenyak selepas penat melayan tetamu seharian," katanya berseloroh.

Hanya pada hari kedua Aidilfitri mereka sekeluarga akan keluar berjalan mengunjungi rumah saudara mara antaranya di Kota Bharu, Kok Lanas dan Jelawat.

"Setiap Aidilfitri begitulah rutinnya, raya ketiga ada antara anak dan cucu pun sudah yang pulang ke rumah masing-masing dan mula bekerja atau beraya ke rumah besan," katanya.

Sharifah Asiah tidak pernah berhenti curah bakti kepada masyarakat

Tugas dan bebanan dipikul bekas Ketua Bahagian Jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada keluarga yang sentiasa memahami kesibukan kerjaya itu.

Berpegang kepada prinsip bekerjasama dalam menguruskan tugasan tidak kira di rumah atau di tempat kerja, Timbalan Presiden Pertubuhan Jururawat Malaysia (MNA), Sharifah Asiah AlJunid diberikan kepercayaan memimpin kakitangan lain di tempat kerjanya.

Kata penerima Anugerah Khas Pengarah 2014 itu, tugas sebagai jururawat tidak hanya tersenarai dalam soal menjaga pesakit, tetapi turut mencurahkan kudrat memberikan perkhidmatan terbaik.

Pernah menghabiskan masa seharian dalam bilik pembedahan, kata beliau yang berusia 60 tahun, tugas jururawat menguji kesabaran dan mencabar dari segi mental dan emosi.

Sehubungan itu, akui ibu kepada tiga cahaya mata itu, beliau pernah melalui dilema apabila ditawarkan melanjutkan latihan sebagai penyelia bilik pembedahan (ORP), di Jerman yang perlu meninggalkan keluarga selama setahun.

Baginya, tawaran itu bagaikan pucuk dicita ulam mendatang itu adalah peluang untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman bekerja di negara asing.

Dengan sokongan ibu dan suami menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan latihan dan kembali sebagai jururawat lebih berdedikasi.

"Jika dibanding 30 tahun dulu, peluang kerjaya tidak banyak dibuka untuk wanita. Namun untuk anak gadis keluar melanjutkan pelajaran dan bekerja dianggap tradisi baharu.

"Berkat bantuan ibu yang sanggup menjaga anak ketika saya melanjutkan latihan banyak membantu meringankan bebanan.

"Suami juga sangat memahami kepadatan jadual tugas saya dan banyak membantu dalam soal menguruskan hal rumah tangga serta pembelajaran anak," katanya yang turut dianugerah darjat Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong, pada tahun 2011.

Hospital rumah kedua

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembabitannya dalam dunia kejururawatan, kata beliau baharu saja menamatkan perkhidmatan, pada 8 Mac lalu dan segala pengalaman dalam bidang itu bukan saja menjadikan dirinya lebih cekal, tapi sabar berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Mengakui tugas dalam bilik pembedahan dan mengendalikan berpuluh petugas di bawahnya bukan perkara senang, tetapi berkat kerjasama ibarat sebuah keluarga besar menjadikan semua operasi berjalan lancar.

"Tempat kerja iaitu hospital ibarat rumah kedua jururawat. Kami bukan saja membantu doktor dalam menjalani operasi atau pembedahan, tapi kami juga banyak menghabiskan masa bertugas dalam bangunan ini.

"Adakalanya, jika jadual kerja terlalu sibuk kami tidak pulang ke rumah hingga berhari-hari. Sebab itu, bagi saya kerjaya ini tidak boleh dipandang rendah.

"Ini kerana banyak perkara yang kami korbankan demi menjaga kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya

Sibuk jadi penceramah

Masih tidak pernah jemu memperjuangkan perkembangan profesion jururawat sedunia, beliau turut banyak menghabiskan masa mengendalikan seminar antarabangsa termasuk Persidangan Kejururawatan Bilik Operasi Asia (Asiorna) di Malaysia.

Beliau juga berjaya membina imej dan amat dihormati dalam kalangan pekerjanya sehingga dilantik menerajui Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) pada peringkat antarabangsa melalui kepimpinan beliau dalam Kumpulan Minat Khas (SIG).

"Mungkin dulu kerjaya jururawat hanya dipandang sebagai penjaga pesakit, tetapi berbeza pada zaman sekarang ia lebih jauh melangkau daripada apa yang difikirkan.

"Tanpa kepakaran, pengalaman dan bantuan daripada jururawat, proses serta perkhidmatan pembedahan dan kesihatan akan lumpuh.

"Melihat kejayaan profesion ini semakin berkembang dan mendapat sambutan bukan saja di kalangan wanita tapi lelaki, saya amat bangga dan terharu," katanya.

Pagi raya, keluarga besar Abdullah sibuk di dapur seawal jam 4 pagi

Ramai kalangan warga perantau sudah kembali ke ibu kota kenangan ketika berhari raya terus terpahat dalam ingatan.

Melihat semua anak dan cucu ceria berkumpul beramai-ramai sambil memperagakan baju raya berwarna-warni menjadikan ibu bapa gembira menyambut Syawal.

Jika seorang dua tidak dapat pulang, hati kedua-dua orang tua inilah yang paling sayu kerana Aidilfitri bagi mereka, tidak lengkap tanpa kehadiran semua anaknya di Kampung Bukit Temalong, Gunong di Bachok, Kelantan.

Begitu perasaan dialami pasangan Abdullah Jusoh, 63, dan Noormah Abbas, 57, menjelang Aidilfitri apabila jarang berpeluang beraya bersama keenam-enam anak mereka, yang terpaksa akur dengan tuntutan kerja mahu pun berada jauh di perantauan.

Anak ketiga pasangan itu, Mohd Azwan, 25, jururawat di sebuah hospital di Sabah, masih bujang menyebabkan khidmatnya sering diperlukan di Aidilfitri, manakala anak keempat, Mohd Hafiz, 24, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Lumut, lazimnya sibuk membuat rondaan di perairan negara.

Tahun ini, seperti tahun sebelumnya kedua-duanya masih tidak dapat pulang beraya kerana tugas.

Sebut saja nama mereka sudah cukup untuk membuatkan Noormah berlinangan air mata kerana rindukan kedua-dua anaknya itu.

"Tanpa mereka Aidilfitri masih meriah cuma sedikit kekurangan tanpa kehadiran semua, rasa rindu dan tidak lengkap kerana sejak melahirkan mereka, tatang dan didik sejak kecil, semua tentunya beraya bersama.

"Apabila dewasa, susah nak beraya bersama kerana masing-masing bekerja, malah sudah berkahwin dan tidak lagi menetap serumah," katanya mengakui rindunya sedikit terubat selepas Mohd Azwan pulang pada minggu kedua Ramadan berbuka puasa bersama.

Pada masa sama, beliau bersyukur anak keduanya, Mohd Afiza, dapat pulang balik beraya tahun ini bersama isteri dan cucu kembar perempuan, berusia tiga bulan.

Kali terakhir berkumpul

Noormah berkata, kali terakhir seluruh keluarga dapat berkumpul adalah empat tahun lalu iaitu pada Aidilfitri tahun 2010.

Tidak dapat Noormah gambarkan betapa beliau dan suami seronok apabila semuanya dapat kumpul bersama, tambah pula dihiburkan dengan keletah empat cucu iaitu, anak kepada anak sulung, Noorulnadia, 32.

Noormah ada tiga anak perempuan dan tiga lelaki berusia antara 19 hingga 32 tahun.

Noorulnadia bekerja sebagai guru sekolah menengah di Selangor manakala Mohd Afiza, 30, seorang ahli perniagaan.

Selepas Mohd Azwan, dan Mohd Hafiz, ialah dua adik perempuan mereka iaitu pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Noorulnajihah, 21, dan pelajar Kolej Matrikulasi Changlun, Noorulnatasha, 19.

Aktiviti pagi Aidilfitri

Kesayuan hati Noormah, dapat diredakan di pagi Aidilfitri, mereka sekeluarga sudah sibuk bermula jam 4 pagi.

Beliau berkata, juadah wajib iaitu nasi dagang disediakan sejurus bangun dan pastinya semua anak perempuannya akan membantu.

"Bangun awal pagi sebelum cucu bangun, saya akan kukus nasi nasi dagang dan menyediakan rendang manakala gulai ikan atau udang disediakan Noorulnadia.

"Dua lagi anak dara membantu mencuci pinggan dan mengemas," katanya tersenyum.

Juadah wajib turut disediakan ketupat dan tapai.

Selesai memasak, mereka sekeluarga akan ke masjid untuk solat raya, ziarah kubur berdekatan, pulang ke rumah beraya bersama sambil bermaaf-maafan sesama mereka dan seterusnya menunggu tetamu dengan juadah sudah dihidangkan di atas meja.

"Sememangnya, tidak putus-putus sanak-saudara dan rakan yang datang dan sebagai anak sulung daripada empat beradik, selain dari kecil menetap dengan ibu bapa sehingga mereka tiada, sayalah tempat pertama kebiasaannya saudara mara akan berkunjung.

"Jadi, Aidilfitri pertama memang sibuk layan tetamu yang dari sekitar Kelantan saja. Suami pula anak kelima daripada sembilan beradik dan saudara maranya juga juga menetap sekitar sini, maka bayangkan semua termasuk makcik, pakcik cucu, cicit dan piut kedua belah keluarga datang memenuhi ruang tamu kami," katanya sambil menggeleng kepala mengenangkan kesibukan itu bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam," katanya.

Anak pula masing-masing sudah tahu tugas mereka dari segi memastikan air minuman, piring dan gelas sentiasa ada selain balang biskut kerap dipenuhi.

"Apabila tidur malam, sangat nyenyak selepas penat melayan tetamu seharian," katanya berseloroh.

Hanya pada hari kedua Aidilfitri mereka sekeluarga akan keluar berjalan mengunjungi rumah saudara mara antaranya di Kota Bharu, Kok Lanas dan Jelawat.

"Setiap Aidilfitri begitulah rutinnya, raya ketiga ada antara anak dan cucu pun sudah yang pulang ke rumah masing-masing dan mula bekerja atau beraya ke rumah besan," katanya.

Berita Harian X