Khamis, 19 March 2020 | 4:42pm
Tidur lebih nyenyak dengan tilam Coway Prime Series
Tidur lebih nyenyak dengan tilam Coway Prime Series

Perbaiki tidur dengan tilam mewah Coway

KEBANYAKAN rakyat Malaysia mempunyai masalah untuk tidur, selalu terjaga lewat malam, hilang fokus, sakit tengkuk dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang berpunca daripada pemilihan tilam.

Justeru, pakar penjagaan air dan udara, Coway, tampil untuk membantu dengan memperkenalkan tilam Coway Prime Series yang serba mewah dan mempunyai kehebatan tersendiri.

Lima lapisan istimewa

Image

Dihasilkan secara terperinci bagi menyokong postur badan, tilam Coway Prime Series mampu menjanjikan keselesaan dengan adanya teknologi lima lapisan berbeza seperti:-

  1. Fabrik Anti-Statik yang mampu menyerap cas elektro-statik dalam badan lalu membebaskannya ke udara bagi memberikan tidur yang lebih lena dan mengurangkan tekanan.
  2. Coconut Fibre membuatkan anda terasa lebih sejuk biarpun tidur dalam keadaan cuaca yang panas.
  3. Memory Foam menjadikan tilam Coway lebih empuk dan membentuk mengikut bentuk badan bagi mengelakkan tekanan pada 'pressure-point'.
  4. 100% Latex berfungsi untuk menyokong tulang belakang supaya tiada lagi sengal badan akibat tilam keras. Malah, bahan ini juga bebas masalah hama, virus dan bakteria penyebab alahan.
  5. Lima zon Pocket Spring yang fleksibel dan berkualiti iaitu pada zon kepala, bahu, lumbar, lutut dan kaki bagi membolehkan ia menampung berat badan seseorang dan membentuk mengikut kontur badan supaya memberi keselesaan sewaktu tidur.

Servis penjagaan tilam secara berkala

Image

Seperti mana produk Coway sebelum ini yang boleh dibeli atau sewa, tilam Coway Prime Series ini turut ditawarkan pada langganan servis sewaan mampu milik serendah RM139 sebulan.

Malah, setiap pembelian atau langganan servis sewaan tilam Coway Prime Series akan disertakan Servis Penjagaan Tilam Coway oleh penyedia servis luar sekali untuk setiap empat bulan bagi mengelakkan pembiakan debu, bakteria dan virus.

Ia merangkumi tujuh langkah penjagaan iaitu:-

  1. Pengukuran Tahap Kontaminasi
  2. Pembersihan Rangka Katil
  3. Pengelapan Rangka Katil
  4. Pembersihan Bahagian Sisi
  5. Pembersihan Tilam
  6. Penghalau Hama Habuk
  7. Pensterilan UV

Peluang menang tilam Coway Prime Series secara percuma

Image

Bermula sekarang hingga 31 Mac ini, Coway Malaysia mengadakan peraduan Coway Dirty Talk yang menawarkan hadiah utama iaitu sebuah tilam Coway Prime Series berserta satu tahun Servis Penjagaan Tilam Coway buat pembeli bertuah.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah kongsikan pengalaman lucu atau tabiat buruk pasangan di bilik tidur di ruangan komen peraduan. Sebagai rujukan, anda boleh tonton video lucu tiga pasangan manis di Facebook Coway terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tilam Coway Prime Series, layari laman web Coway.

Berita Harian X