Sabtu, 25 Oktober 2014 | 11:26pm

Sharifah Sakinah-Aliff Adha selamat bertunang

MAJLIS pertunangan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha berlangsung di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. - Foto Zaidi Mohamad
MAJLIS pertunangan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha berlangsung di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. - Foto Zaidi Mohamad

[email protected]

KUALA LUMPUR: Majlis pertunangan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha berlangsung sebentar tadi di kediaman keluarganya di Taman Melawati.

Pasangan sama padan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mac tahun depan. Pengumuman lanjut hari bahagia mereka dijangka diadakan sekitar Januari depan.

Teman baik Sharifah Sakinah seperti Marsha selain Nad Zainal, Siti Saleha, Jihan Muse turut hadir menjadi pengiring pada majlis pertunangannya.

"Saya harap semua yang dirancang pada tahun depan akan berjalan lancar. Insya-Allah.

"Tempat perkahwinan biarlah rahsia dulu. Segala butiran akan diumumkan satu persatu nanti," katanya.

Aliff ketika ditanya mengenai Sakinah menyifatkan tunangnya itu seorang yang sangat kelakar dan kuat menyakat.

"Kadang kadang nampak sisi lawaknya saja. Tapi saya tahu hati dia baik. Saya jenis tak cakap banyak. Dia yang terlebih peramah. Tapi sesekali saya pun banyak cakap. Tengok keadaan," kata Aliff.

Tahun depan genap setahun usia perhubungan mereka.

Berita Harian X