Selasa, 11 November 2014 | 1:38pm
Datuk Siti Nurhaliza bersama anugerah Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards
Datuk Siti Nurhaliza bersama anugerah Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards
Datuk Siti Nurhaliza bersama penyokong nombor satu dalam hidupnya, suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K).
Datuk Siti Nurhaliza bersama penyokong nombor satu dalam hidupnya, suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K).

Siti Nurhaliza terima dua anugerah

Siti bersama anugerah Jewel of Muslim World Awards.
Siti bersama anugerah Jewel of Muslim World Awards.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, semalam dan hari ini menerima anugerah berdasarkan pencapaian terbaiknya dalam dunia seni serta perniagaan.

Semalam di KL Hilton, Siti dianugerahkan sebagai penerima Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards. Hari ini, Siti menerima pula anugerah Jewel Of Muslim World Awards di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut penyanyi lagu Seluruh Cinta itu, penghargaan berkenaan satu pembuka untuk tahun hijrah yang baik buatnya.

Tahun 2014 juga bakal melabuhkan tirai tak lama lagi dan Siti ternyata boleh terus berbangga dengan apa yang dicapainya sejak menceburi dunia seni pada 1995,

"Alhamdulillah ini satu penghargaan yang bermakna. Usaha dan kesungguhan Siti serta pasukan daripada Siti Nurhaliza Production bagi skop kerjaya serta Simplysiti (perniagaan) banyak membantu kejayaan ini.

"Tak dilupakan tulang belakang Siti iaitu peminat dan rakan media yang tak putus memberi sokongan jitu. Setiap usaha tanpa izin Tuhan pun tak akan menjadi juga. Siti percaya dengan berdoa dan sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya menjadi kunci utama kejayaan ini," kata Siti kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Siti turut mendapat lapan pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-21. Selain kategori Rakaman Album Terbaik, Siti turut dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Kulit Album Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik.

AIM akan berlangsung pada 6 Disember depan di Dewan Merdeka, (PWTC).

Berita Harian X